STRATEGI
DAKWAH DI MADINAH
Beberapa
strategi dirangka khusus setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah. Semua strategi
berpandukan kepada arahan dan tindakan Rasulullah s.a.w serta pengiktirafan
baginda terhadap ide-ide daripada para sahabat baginda.
A.
Pembinaan Masjid
Masjid
merupakan institusi dakwah pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w setibanya
baginda di Madinah. Ia menjadi nadi pergerakan Islam yang menghubungkan manusia
dengan Penciptanya serta manusia sesama manusia. Masjid menjadi lambang akidah
umat Islam atas keyakinan tauhid mereka kepada Allah s.w.t.
Pembinaan
masjid dimulakan dengan membersihkan persekitaran kawasan yang dikenali sebagai
‘mirbad’ dan meratakannya sebelum menggali lubang untuk diletakkan batu-batu sebagai
asas binaan. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri yang meletakkan batu-batu
tersebut. Batu-batu itu kemudiannya disimen dengan tanah liat sehingga menjadi
binaan konkrit.
Masjid
pertama ini dibina dalam keadaan kekurangan tetapi penuh dengan jiwa ketaqwaan
kaum muslimin di kalangan muhajirin dan ansar. Di dalamnya, dibina sebuah
mimbar untuk Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah dan wahyu daripada Allah.
Terdapat ruang muamalah yang dipanggil ‘sirda’untuk pergerakan kaum muslimin
melakukan aktiviti kemasyarakatan.[2] Pembinaan masjid ini mengukuhkan lagi
dakwah baginda bagi menyebarkan risalah wahyu kepada kaum muslimin serta
menjadi pusat perbincangan di kalangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
tentang masalah ummah.
B.
Mengukuhkan Persaudaraan
Rasulullah
SAW mengeratkan hubungan di antara Muhajirin dan Ansar sebagai platform
mempersatukan persaudaraan di dalam Islam. Jalinan ini diasaskan kepada
kesatuan cinta kepada Allah serta pegangan akidah tauhid yang sama.
Persaudaraan ini membuktikan kekuatan kaum muslimin melalui pengorbanan yang
besar sesama mereka tanpa mengira pangkat, bangsa dan harta. Selain itu, ia
turut memadamkan api persengketaan di kalangan suku kaum Aus dan Khajraz.
C.
Pembentukan Piagam Madinah
Madinah
sebagai sebuah Negara yang menghimpunkan masyarakat Islam dan Yahudi daripada
pelbagai bangsa memerlukan kepada satu perlembagaan khusus yang menjaga
kepentingan semua pihak. Justeru, Rasulullah s.a.w telah menyediakan sebuah
piagam yang dikenali sebagai Piagam Madinah bagi membentuk sebuah masyarakat di
bawah naungan Islam.
Piagam
ini mengandungi 32 fasal yang menyentuh segenap aspek kehidupan termasuk
akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan
lain-lain. Di dalamnya juga terkandung aspek khusus yang mesti dipatuhi oleh
kaum Muslimin seperti tidak mensyirikkan Allah, tolong-menolong sesama mukmin,
bertaqwa dan lain-lain. Selain itu, bagi kaum bukan Islam, mereka mestilah
berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah
serta membayar cukai.
Piagam
ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan
Islam. Strategi ini telah menjadikan Madinah sebagai model Negara Islam yang
adil, membangun serta digeruni oleh musuh-musuh Islam.
D.
Strategi Ketenteraan
Peperangan
merupakan strategi dakwah Rasulullah di Madinah untuk melebarkan perjuangan
Islam ke seluruh pelusuk dunia. Strategi ketenteraan Rasulullah s.a.w digeruni
oleh pihak lawan khususnya puak musyrikin di Mekah dan Negara-negara lain.
Antara tindakan strategik baginda menghadapi peperangan ialah persiapan sebelum
berlakunya peperangan seperti pengitipan dan maklumat musuh. Ini berlaku dalam
peperangan Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan pasukan berani mati
seperti Ali bin Abi Talib, Saad Ibnu Waqqash dan Zubair Ibn Awwam bagi
mendapatkan maklumat sulit musuh.[4] Maklumat penting musuh memudahkan pasukan
tentera Islam bersiap-sedia menghadapi mereka di medan perang.
RasUlullah
s.a.w turut membacakan ayat-ayat al-Quran bagi menggerunkan hati-hati musuh
serta menguatkan jiwa kaum Muslimin. Antara firman Allah Taala bermaksud:
“Dan
ingatlah ketika Allah menjajikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan
yang kamu hadapi adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak
mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmy, dan Allah menghendaki untuk
membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir.”
(Surah al-Anfal: 7)
Rasulullah
s.a.w turut mengambil pandangan daripada para sahabat baginda dalam merangka
strategi peperangan. Sebagai contoh, dalam peperangan Badar, baginda bersetuju
dengan cadangan Hubab mengenai tempat pertempuran. Hubab mencadangkan agar
baginda menduduki tempat di tepi air yang paling dekat dengan musuh agar air
boleh diperolehi dengan mudah untuk tentera Islam dan haiwan tunggangan mereka.
Dalam perang Khandak, Rasulullah s.a.w bersetuju dengan pandangan Salman
al-Farisi yang berketurunan Parsi berkenaan pembinaan benteng. Strategi ini
membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh.
E.
Pemberian Cop Mohor
Rasulullah
s.a.w mengutuskan surat dan watikah kepada kerajaan – kerajaan luar seperti
kerajaan Rom dan Parsi bagi mengembangkan risalah dakwah. Semua surat dan
watikah diletakkan cop yang tertulis kalimah la ila ha illahlah wa ana Rasullah[5]
Tujuannya adalah untuk menjelaskan kedudukan Rasulullah s.a.w sebagai utusan
Allah dan Nabi di akhir zaman. Dalam watikahnya, baginda turut menyeru agar
mereka menyembah Allah dan bersama-sama berjuang untuk Islam sebagai agama yang
diiktiraf oleh Allah. Kebanyakan watikah baginda diterima baik oleh
kerajaan-kerajaan luar.
Contoh surat Nabi kepada
Raja Parsi : Nabi mengutuskan Abdullah bin Huzaifah bin Saham yang membawa
surat kepada Kaisar Humuz, Raja Parsi yang bunyinya sebagai berikut :
“Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dari Nabi Muhammad Rasulullah
kepada Kaisar penguasa Parsi. Semoga sejahtera kepada sesiapa sahaja yang
mengikut pimpinan Allah dan beriman kepadaNya dan rasulNya dan bersaksi tidak
ada Tuhan selain Allah yang Esa tidak ada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Nabi
Muhammad adalah hamba dan rasulNya.
“Saya
mengajak anda dengan ajakan Allah kepada umat manusia dan untuk memperingatkan
manusia yang masih hidup, bahawa siksaan akan ditimpakan atas orang-orang
kafir. Masuklah Islam dan hendaklah menerimanya. Jika anda menolaknya, maka
berdosalah bagi penyembah api.”
F.
Hubungan Luar
Hubungan
luar merupakan orientasi penting bagi melabarkan sayap dakwah. Ini terbukti
melalui tindakan Rasulullah s.a.w menghantar para dutanya ke negara-negara luar
bagi menjalinkan hubungan baik berteraskan dakwah tauhid kepada Allah.
Negara-negara itu termasuklah Mesir, Iraq, Parsi dan Cina. Sejarah turut
merakamkan bahawa Saad Ibn Waqqas pernah berdakwah ke negeri Cina sekitar tahun
600 hijrah. Sejak itu, Islam bertebaran di negeri Cina sehingga kini. Antara
para sahabat yang menjadi duta Rasulullah ialah Dukyah Kalibi kepada kaisar
Rom, Abdullah bin Huzaifah kepada kaisar Hurmuz, Raja Parsi, Jaafar bin Abu
Talib kepada Raja Habsyah.
Strategi hubungan luar
ini diteruskan pada pemerintahan khalifah Islam selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w. Sebagai contoh, pasukan Salehuddin al-Ayubi di bawah pemerintahan Bani
Uthmaniah telah berjaya menawan kota suci umat Islam di Baitul Maqdis. Penjajahan
dan penerokaan ke Negara-negara luar merupakan strategi dakwah paling berkesan
di seluruh dunia
No comments:
Post a Comment